Sunday, October 23, 2011

Polo oh Polo..


Hari ni betul2 'terbang melayang' la gaji bulan ni..apa2pun sy puashati la walau sedih jgk(mahal tue..) cz ahernya sy bjaya jgk mmiliki baju yg skian lama diidam kan..hehe..nak tgu sales ntah bla la kan..lgpun yg sales xbkenan la pulak.adoi..alang2 nak bli bgs ambik yg NEW ARRIVAL kan..lgpun MRHubby yg tlg byr..hehe.thanx syg.tp bkn semua dlm gbr tu sy punya..sy punya pink kolor,yg grey MRHubby n yg orange tu buah hati pengarang jantung yg punya..:)

Ni la agenda spetang di hari Ahad 23/10/11..huhu..kalau tiap2 minggu cam ni..alamak ikat perut la..haha..sekali sekala ataupun sebulan/setahun skali ok la..

Saturday, October 22, 2011

Info sihat..Kencing Malam (ENURESIS)

Apakah Enuresis?
Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam.
Apakah sebab Enuresis?
Kencing malam selalu berlaku dalam sesebuah familli.
Kencing malam boleh disebabkan
  • Ruang pundi kencing yang kecil.
  • Gangguan tidur,kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. Walaupunbagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.
Jenis-jenis kencing malam?
  • Kencing malam hanya diwaktu malam.(peringkat awal nokturnal enuresis)
  • Kencing malam diwaktu malam dan siang hari(tidak boleh mengawal kencing)-hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.
  • Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam(secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing,masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis.Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.
Adakah kencing malam memerlukan ujian?
  • Tidak semestinya jika sejarah kencing malam tanpa disedari ini hanya berlaku pada malam sahaja(Peringkat awal nocturnal enuresis) tanpa tanda-tanda penyakit lain.
Apakah pontensi komplikasi?
  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri didalam diri kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain.
  • Tekanan didalam keluarga.
Cara rawatan
  • Mengubah sikap- contohnya memberi ganjaran pada anak anda sekirannya dia tidak kencing malam.
  • Loceng kencing malam yang mana membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam (tidak banyak terdapat di Malaysia)
  • Ubatan untuk membantu anak anda kekal kering,dapatkan bantuan doktor anda mengenai perkara ini.
  • Ingat : enuresis akan bertambah baik bila umurnya meningkat.
Cara lain yang boleh membantu.
  • Jangan salahkan anak anda,ini bukanlah kesalahan dia. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
  • Kurangkan minum diwaktu petang dan malam.
  • Bangunkan atau angkat anak anda ditengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air.
  • Pewangi bilik.
  • Mandi di waktu pagi sebelum kesekolah. 

topik ni timbul gara2 kjadian pg td..adehhh..ade ke patut sy blh tkencing.kalau budak lg ok la ni dh jd mak budak..huhu..ni mimpi punya pasal la..dlm mimpi siap fkr lg,ni betul2 ke mimpi..adoiii..patut la toilet cam pelik..mimpi rupanya..ishhh...malu nyerr..

Monday, October 17, 2011

Apa2 Je..

Org berBlog,nak jgk berBlog(ni kwn i a.k.a. TJ punya psl la..:P)
Blog dh selamat DILAHIRKAN,mula2 amboi xingat dunia,kiri kanan dpn blkang main redah/terjah jer..xnak kalah la bla tgk blog org lain..huhu..PI MAI PI MAI TANG TU jgk..last2 ni je la rupa Blog yg berjaya DIOLAH/DIADAPTASI watsoevr la..:)dh la bab2 keKREATIFAN ni mmg KURENG tak kira dr corner MENCORAK/MELUKIS/MENULIS dsbg nya yg swaktu dgn nya..:P

 Apa2pun,TERIMA KASIH bbanyak la coz sudi jenguk/singgah/intai teratak AlaMaya ni.walau info/cerita tak byk,dengar lagu pun jadi la yerrr..hehehe..